Tuesday, January 8, 2013

Post istimewa

Mood: berkobar-kobar

Salam..Alhamdulillah masih berkesempatan menulis walaupun broadband amat lembap di kala ini..

Malam ni ak sekadar ingin berkongsi rasa hati ak...

Ak buka facebook..Ak lihat status si dia..sungguh menyentuh hati..tentang penghargaan seorg anak itu kepada ibu bapanya. Betul-betul menjentik hati ak. Begitukah dirinya yang sebenar? Sehebat itukah dia?Ak merasa kian ketara perbezaan ak dan si dia..Ak berasa serba salah dengan dirinya..Terasa ak tidak layak untuk menjadi bakal pendamping dirinya..Kerana..Diriku hanya insan biasa...

Ak berasa malu dengan dirinya. Ak sangat takut ak bakal menjadi seseorang yang akan mencemarkan hatinya..seseorang yang bakal mengganggu hatinya....Ak risau imannya akan bergoncang kerana ak....Ak bertekad untuk lebih menjaga tingkahku..tidak terlalu mengganggu dirinya..

Ya Allah, sekiranya dia benar-benar untukku kau mudahkanlah jalan kami untuk bersatu dengan ikatan yang halal dan sekiranya dia bukan utkku lenyapkan dia dari pandangan mataku, redhakan hati ak dengan segala ketentuanMu..kerna kami adalah hambaMu yang mengharap redhaMu utk menuju ke SyurgaMu....
Semoga dia utkku...

Buat bakal kekasih halalku, insyaALLAH ak akan berusaha untuk memantapkan diriku bersedia dgn ilmu dunia dan akhirat supaya ak dapat menjadi pendamping yang sesuai utk dirimu juga menjadi ibu kebanggaan anak-anak...Persediaan ini juga merupakan salah satu bukti cinta ku terhadapmu....

Ku menunggu mahar cinta drimu....Semoga suatu hari impian kita dikabulkanNya...:)





Pesanan utk si dia..;)


;)

Hati bicara,
Salah satu bukti cinta kita terhadap dirinya ialah membuat persediaan sebelum berkahwin..insyaALLAH:)


Sunday, January 6, 2013

JIWA ANDA KACAU SEPERTI SAYA??

Mood : fikiran celaru+ jiwa kacau

Salam..terasa bercelaru sungguh minda..Apa masalah ak yg sebenar..confius2..

Masalah sentiasa ada di mana-mana. Macam pepatah Inggeris ade mengatakan 'World is stage of problem'. Kalau difikirkan masalah kita kat dunia ni pung tidaklah sebesar mana jika nak dibandingkan dengan ujian Rasul, Nabi, umat-umat zaman dahulu..

Behing every problem there are solution. Ask help from Allah. HE will never let you down..:)

Salah satu sebab kebobrakan hidup, puca kepada jiwa kacau ni semua asalnya datang dari kita jugak la..Mungkin sebab dh lme x wt solat sunat...mungkin sebab solat malam pung dh lama tak buat.  Sedangkan solat sunat tu smue boleh memberikan kita ketenangan hidup, apabila masalah datang pung jadi mudah utk diselesaikan, rezeki pung insyaALLAH lebih murah..Jadi marilah kita amalkan solat sunat ni secara perlahan2..orang cakap kayuh pelan2..Mungkin boleh mula dengan solat sunat sebelum dan selepas solat..selepas tu solat dhuha dan teruskan solat sunat mlm dan solat sunat yang lain. Banyak sgt ruang Allah nak bgi kita dapat pahala daripadaNya kn..??

Ak sering terfikir kan masa hadapan..Ak melihat hidup ini bukan mudah. It's not a piece of cake org putih ckp..Lihat pada matlamat hidup kita di dunia ni..Hidup ini bukan sekadar untuk bersuka-sukaan dengan keseronokan dunia. Sebaliknya kita ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Ak akui kadang-kadang cop2 bukan kadang-kadang tapi selalu leka dengan hidup ak. Hidup ak yang berada dalam keadaan selesa sedangkan banyak tanggungjawab di bahu ak yang ak cuma pandang remeh atau tak amik port langsung. Tujuan ak  menulis ni untuk beri kesedaran pada diri ak dan kalian smue,,

Marilah kita sama-sama baiki diri ke arah yang lebih baik. Kerana diri kita tidak sempurna dan kita manusia sering membuat kesilapan. Oleh itu, belajar dari kesilapan dan mintak ampun dengan Allah. Pintu taubat dan keampunan Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba-hambaNya. Kalau tak percaya, keluar dari rumah pandang pada langit. Tengok luaskan langit ciptaanNya..Haaa, sebesar tu la pintu taubat dan keampunan terbuka untuk kita. Pemurahkan Allah tu..Sayang sgt pada kitaaa..<3 Allah

Hati Bicara,

Tetapkan matlamat hidup iaitu utk  mencapai SyurgaNya:)






Friday, January 4, 2013

Tentang Jodoh

Salam kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca  segala post sy di sini..

Dah lama kn sy x singgah ke sini..Tak tahu la sibuk buat ape..huhu

Di kesempatan ini saya nk berkongsi sesuatu dengan para pembaca..ade ke??!!huhu

Tentang kisah cinta..

Hati ak terdetik untuk menulis ni..ak sekadar ingin berkongsi pandangan ak tentang cinta..

Beberapa minggu lepas ada tengok rancangan 'Semanis Kurma'. Tajuknya agak menarik tentang 'Jodoh'. Maybe ramai yang tengok kot...Ak pung tak terkecuali. Ak tengok dgn mak ak walaupun sebenarnya malu2 kucing jugak..

Ok yang menarik perhatian ak ialah tentang jodoh itu sendiri. Apa yang dapat ak ekstrak ialah seseorang yang belum berjumpa dengan jodohnya Allah sedang memberikan ujian terhadap dirinya dan kepada yang sedang berpasangan jangan pernah berasa senang dan gembira kerana anda juga sedang berada dalam ujian Allah. Bagaimana??

Baiklah..bagi yang belum berjumpa dengan jodoh anda, Allah sedang mengujimu..Allah nak awak baiki diri awak supaya awak dapat jadi yang terbaik bukan yang sempurna untuk pasangan awak..Dan sebenarnya Allah sangat sayang pada awak, Allah belum izinkan sesiapa mengusik hati awak dan seterusnya akan jauh daripadaNya..

Bagi yang sudah berpunya pula, jangan pernah berasa senang dan selesa dengan si dia yang belum anda miliki secara sah. Kwn2, Allah sedang menguji anda. Anda terdedah dengan kelalaian. Banyak yang perlu dijaga..Mulut, telinga, kaki dan yang utamanya adalah hati..semua itu adalah anggota yang boleh membawa kepada zina. Tambahan lagi, sebenarnya Allah ingin melihat siapa keutamaan anda, si dia atau Allah..Ak akui ak bersyukur ditemukan dia tapi dalam masa yang sama ak jgak takut..takut ak lebih banyak memngingati si dia daripada Allah...Ak jga takut ak bakal menjadi punca kepada gugur dan lemahnya iman si dia apabila dia kerap berfikir tentang ak dan membayangkan diri ak. Kerana cinta itu membawa ke Syurga apa2 yang membawa ke Neraka itu bukan cinta..

Nasihat kepada kwn2 yang sedang berada di alam percintaan.. Ak tidak menghalang bercinta sebelum kahwin..tp ak berharap semoga ak dan semua tidak lalai dan tidak terlalu taksub dengan si dia..Ingat cinta itu jika dibawa mengikut aliran yang betul maka ia baik namun jika tidak dibawa mengikut aliran yang salah ia menjadi tidak baik. Jagalah batas-batas pergaulan antara anda dengan si dia..dan tolong jangan tunjukkan diri sebenar anda 100% pada si dia kerana bimbang kita dan si dia akan leka dengan kemanisan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin apa lagi yang tinggal..kebosanan?kepahitan??...Ak juga wanita ak tahu diri kita memang dipenuhi dengan kemanjaan, kemanisan..Oleh itu, bercinta la sekadarnya sahaja..Tonjolkan segala kemanisan, kemanjaan anda apabila tiba masanya iaitu apabila si dia telah melafazkan khalimat 'Aku Terima Nikahnya'......


Semoga dipermudahkan Allah..

Hati bicara
Dunia adalah pentas ujian..:)