Monday, January 11, 2016

Coming Back

Assalamualaikum semua..Last post ialah pd tahun 2013..OMG..Dah lama tak menulis..salam semua..diharap semua pembaca berada dalam kesihatan yang baik..dan berbanyak-banyak terima kasih pada yang sudi baca..harap anda semua dapat meninggalkan komen..

           Kali ini memang sangat banyak hal untuk dikongsikan. Tak tahu la korang sudi baca atau tidak...Update tentang diri ak..ak sekarang dah bergelar guru..dah hampir setahun..aku mula posting sejak Januari 2015. Ak ditempatkan di salah sebuah sekolah di Pahang. Sekolah ak ni berada dalam kawasan felda.InsyaALLAH di pos seterusnya ak akan ceritakan lebih lanjut tentang sekolah ak..

           Banyak perkara sebenarnya dah berlaku pada ak..Kadang-kadang ak berasa agak sukar nak imbas semula kenangan untuk ak ceritakan di sini..Tapi untuk perkongsian insyaALLAH ak kuatkan juga untuk menulis. Pepatah Inggeris ada mengatakan 'let bygones be bygones'..Pepatah Melayu juga ada mengatakan 'perkara yang lepas usah dikenang'. Kedua-dua pepatah menggalakkan kita untuk melupakan perkara lepas.Jadi kepada mereka yang sedang berduka, lupakan perkara yang lalu serta 'move on'.Move on dalam erti kata lain korang teruskan hidup dengan bersemangat dan ceria tanpa memandang dan mengingat perkara lepas. InsyaALLAH hidup korang akan tenang dan aman. DAN jangan lupa korang kena cari ketenangan tu dalam sujud korang. ketika sujud tu jangan ingat benda lain..Ingat Allah je..korang akan rasa lain macam sikit masa tengah sujud tu..

           Ok la ak bebel sampai sini dlu..ak kena masuk kelas ni sekejap lagi..Nanti insyaALLAH ak akan semakin rajin menghadap laptop dan menulis utk korang..hehe..

Tuesday, January 8, 2013

Post istimewa

Mood: berkobar-kobar

Salam..Alhamdulillah masih berkesempatan menulis walaupun broadband amat lembap di kala ini..

Malam ni ak sekadar ingin berkongsi rasa hati ak...

Ak buka facebook..Ak lihat status si dia..sungguh menyentuh hati..tentang penghargaan seorg anak itu kepada ibu bapanya. Betul-betul menjentik hati ak. Begitukah dirinya yang sebenar? Sehebat itukah dia?Ak merasa kian ketara perbezaan ak dan si dia..Ak berasa serba salah dengan dirinya..Terasa ak tidak layak untuk menjadi bakal pendamping dirinya..Kerana..Diriku hanya insan biasa...

Ak berasa malu dengan dirinya. Ak sangat takut ak bakal menjadi seseorang yang akan mencemarkan hatinya..seseorang yang bakal mengganggu hatinya....Ak risau imannya akan bergoncang kerana ak....Ak bertekad untuk lebih menjaga tingkahku..tidak terlalu mengganggu dirinya..

Ya Allah, sekiranya dia benar-benar untukku kau mudahkanlah jalan kami untuk bersatu dengan ikatan yang halal dan sekiranya dia bukan utkku lenyapkan dia dari pandangan mataku, redhakan hati ak dengan segala ketentuanMu..kerna kami adalah hambaMu yang mengharap redhaMu utk menuju ke SyurgaMu....
Semoga dia utkku...

Buat bakal kekasih halalku, insyaALLAH ak akan berusaha untuk memantapkan diriku bersedia dgn ilmu dunia dan akhirat supaya ak dapat menjadi pendamping yang sesuai utk dirimu juga menjadi ibu kebanggaan anak-anak...Persediaan ini juga merupakan salah satu bukti cinta ku terhadapmu....

Ku menunggu mahar cinta drimu....Semoga suatu hari impian kita dikabulkanNya...:)





Pesanan utk si dia..;)


;)

Hati bicara,
Salah satu bukti cinta kita terhadap dirinya ialah membuat persediaan sebelum berkahwin..insyaALLAH:)


Sunday, January 6, 2013

JIWA ANDA KACAU SEPERTI SAYA??

Mood : fikiran celaru+ jiwa kacau

Salam..terasa bercelaru sungguh minda..Apa masalah ak yg sebenar..confius2..

Masalah sentiasa ada di mana-mana. Macam pepatah Inggeris ade mengatakan 'World is stage of problem'. Kalau difikirkan masalah kita kat dunia ni pung tidaklah sebesar mana jika nak dibandingkan dengan ujian Rasul, Nabi, umat-umat zaman dahulu..

Behing every problem there are solution. Ask help from Allah. HE will never let you down..:)

Salah satu sebab kebobrakan hidup, puca kepada jiwa kacau ni semua asalnya datang dari kita jugak la..Mungkin sebab dh lme x wt solat sunat...mungkin sebab solat malam pung dh lama tak buat.  Sedangkan solat sunat tu smue boleh memberikan kita ketenangan hidup, apabila masalah datang pung jadi mudah utk diselesaikan, rezeki pung insyaALLAH lebih murah..Jadi marilah kita amalkan solat sunat ni secara perlahan2..orang cakap kayuh pelan2..Mungkin boleh mula dengan solat sunat sebelum dan selepas solat..selepas tu solat dhuha dan teruskan solat sunat mlm dan solat sunat yang lain. Banyak sgt ruang Allah nak bgi kita dapat pahala daripadaNya kn..??

Ak sering terfikir kan masa hadapan..Ak melihat hidup ini bukan mudah. It's not a piece of cake org putih ckp..Lihat pada matlamat hidup kita di dunia ni..Hidup ini bukan sekadar untuk bersuka-sukaan dengan keseronokan dunia. Sebaliknya kita ada tanggungjawab yang lebih besar iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Ak akui kadang-kadang cop2 bukan kadang-kadang tapi selalu leka dengan hidup ak. Hidup ak yang berada dalam keadaan selesa sedangkan banyak tanggungjawab di bahu ak yang ak cuma pandang remeh atau tak amik port langsung. Tujuan ak  menulis ni untuk beri kesedaran pada diri ak dan kalian smue,,

Marilah kita sama-sama baiki diri ke arah yang lebih baik. Kerana diri kita tidak sempurna dan kita manusia sering membuat kesilapan. Oleh itu, belajar dari kesilapan dan mintak ampun dengan Allah. Pintu taubat dan keampunan Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba-hambaNya. Kalau tak percaya, keluar dari rumah pandang pada langit. Tengok luaskan langit ciptaanNya..Haaa, sebesar tu la pintu taubat dan keampunan terbuka untuk kita. Pemurahkan Allah tu..Sayang sgt pada kitaaa..<3 Allah

Hati Bicara,

Tetapkan matlamat hidup iaitu utk  mencapai SyurgaNya:)






Friday, January 4, 2013

Tentang Jodoh

Salam kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca  segala post sy di sini..

Dah lama kn sy x singgah ke sini..Tak tahu la sibuk buat ape..huhu

Di kesempatan ini saya nk berkongsi sesuatu dengan para pembaca..ade ke??!!huhu

Tentang kisah cinta..

Hati ak terdetik untuk menulis ni..ak sekadar ingin berkongsi pandangan ak tentang cinta..

Beberapa minggu lepas ada tengok rancangan 'Semanis Kurma'. Tajuknya agak menarik tentang 'Jodoh'. Maybe ramai yang tengok kot...Ak pung tak terkecuali. Ak tengok dgn mak ak walaupun sebenarnya malu2 kucing jugak..

Ok yang menarik perhatian ak ialah tentang jodoh itu sendiri. Apa yang dapat ak ekstrak ialah seseorang yang belum berjumpa dengan jodohnya Allah sedang memberikan ujian terhadap dirinya dan kepada yang sedang berpasangan jangan pernah berasa senang dan gembira kerana anda juga sedang berada dalam ujian Allah. Bagaimana??

Baiklah..bagi yang belum berjumpa dengan jodoh anda, Allah sedang mengujimu..Allah nak awak baiki diri awak supaya awak dapat jadi yang terbaik bukan yang sempurna untuk pasangan awak..Dan sebenarnya Allah sangat sayang pada awak, Allah belum izinkan sesiapa mengusik hati awak dan seterusnya akan jauh daripadaNya..

Bagi yang sudah berpunya pula, jangan pernah berasa senang dan selesa dengan si dia yang belum anda miliki secara sah. Kwn2, Allah sedang menguji anda. Anda terdedah dengan kelalaian. Banyak yang perlu dijaga..Mulut, telinga, kaki dan yang utamanya adalah hati..semua itu adalah anggota yang boleh membawa kepada zina. Tambahan lagi, sebenarnya Allah ingin melihat siapa keutamaan anda, si dia atau Allah..Ak akui ak bersyukur ditemukan dia tapi dalam masa yang sama ak jgak takut..takut ak lebih banyak memngingati si dia daripada Allah...Ak jga takut ak bakal menjadi punca kepada gugur dan lemahnya iman si dia apabila dia kerap berfikir tentang ak dan membayangkan diri ak. Kerana cinta itu membawa ke Syurga apa2 yang membawa ke Neraka itu bukan cinta..

Nasihat kepada kwn2 yang sedang berada di alam percintaan.. Ak tidak menghalang bercinta sebelum kahwin..tp ak berharap semoga ak dan semua tidak lalai dan tidak terlalu taksub dengan si dia..Ingat cinta itu jika dibawa mengikut aliran yang betul maka ia baik namun jika tidak dibawa mengikut aliran yang salah ia menjadi tidak baik. Jagalah batas-batas pergaulan antara anda dengan si dia..dan tolong jangan tunjukkan diri sebenar anda 100% pada si dia kerana bimbang kita dan si dia akan leka dengan kemanisan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin apa lagi yang tinggal..kebosanan?kepahitan??...Ak juga wanita ak tahu diri kita memang dipenuhi dengan kemanjaan, kemanisan..Oleh itu, bercinta la sekadarnya sahaja..Tonjolkan segala kemanisan, kemanjaan anda apabila tiba masanya iaitu apabila si dia telah melafazkan khalimat 'Aku Terima Nikahnya'......


Semoga dipermudahkan Allah..

Hati bicara
Dunia adalah pentas ujian..:)



Monday, June 4, 2012

Siapa dia???

Mood: konpius yang berganda-ganda

Salam smue...kali ini ak kembali lagi..dh lme sgt x update..sbb ak ade se ag blog tp english punye..kire ak wajib speaking la sne...nk tulis se post pung makan masa selama beberapa jam..memg kritikal..haha

Ok2..gua x nak cakap banyak..gua dah lame ilang..gua kembali gua ade la improve sikit2 blog gua..kwn2 ade prasan x??sape x prasan dh x lme tuh.....wt lo lok je:P

Emm, ari ni ak ade la bkak blog sorg awek nie..emm, ak konpius..sape die sbnr nyer...emm, ak bkn knal pung die tp tu la ak b'minat nk tw sal die sbb die ade hubung kait dgn org yg ak knal jgak........iaitu kenalan ak jgak..begini cerita nyer..ak syak depa due ni ade hbungan..

Btul la org ckp 'don't judge a book by it's cover'..hakikatnya ak dh judge pung awek tu sbgai 'agk fake'...haha, jaat jgak ak..tp mmg personaliti die di dalam blog sgt berbeza dgn ape yg ak dgn seseorg ni perhatikan..ktorg stalker die mlalui fb..haha..(seseorang : maaf identiti terpaksa dirahsiakn..kerana kenalan ak adalah org yg agk top jgak:P)

Opps, ak x jeles yer..tp skadar mengambil berat..hehe..kisah mereka cm agk mnarik phatian..emm!

Ak harap org yg bace ni paham la kisah yg ak nk smpaikn...ak pung x leh dedah bnyk2..bimbang ketahuan!!!

So, cmane..apakh personaliti awek ni yg sbnr nyer..Wallahualam.......

Kalu x phm yg ak cite pnjg2 kt ats ni ckup la korg phmkn meset ak nie...

Adik pun konfius jgak!!!STRESS!!!
Hakikat sebenar diri seseorang itu cuma dia dan Maha Pencipta yang tahu, kita manusia hanya mampu menilai dari sudut luaran shj..

Hati bicara,

Jangan stalker org kuat sgt!hehe

Saturday, July 2, 2011

Mood: menjaga kesihatan....


Sedikit perkongsian tentang tanda-tanda sakit yg berhubung dgn fungsi bdn kita..

1. BATUK
-  batuk dgn kahak : Proses membuang toksin di bhgian kerongkong
- batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksid yang berlebihan
- batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di kerongkong dn paru-paru. Biasa    berlaku kpd org yg merokok dan terdedah dgn udara tercemar.

batuk ke jelir lidah??



Next..

2. HIDUNG (mpnyai hbngan yg rapat dgn paru-paru dan kerongkong)
- selsema : Proses pembuangan toksin di bhgian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
- hidung tersumbat: Paru-paru mengandungi toksin yg berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
- bersin : A: Proses membuang toksid di bhgian kerongkong. B : Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

tipu jer:p


Setakat ni shja info yg ak nk kongsikn...utk info yg lebih bnyk ag korg g kt laman web ni...http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-25-tanda-tanda-sakit.html

Kesihatan adlh nikmat x ternilai yg Allah SWT beri pd kita..So, kwn2 jagelah ksihatan..kalu sakit jgak cepat2 dptkn rwtn dan mkn ubt yer..!!


k la smpai sni dulu...
Ade umur kte jmpe ag..insyaALLAH....:)

Monday, June 27, 2011

Perubahan

Mood : jiwang+puitis

Salam smue..slmt pagi...
Pagi2 bute ni tibe2 rse nk m'bebel plak..jgn marah yer!!nnT kne jual..
ehem.. Perubahan..Pastinya setiap dari kita mengalami perubahan..Perubahan terjadi seiring dgn beredarnya arus masa..Perkataan perubahan itu sememangnya sgt umum utk d'perkatakn..Perubahan tuh berlaku dlm lingkungan sedar atau luar sedar (cm blajor Perkembangan Kanak-Kanak plak)..baik..perubahan tu leh jdi prubhn berat, saiz, sikap dan macam-macam lagi yg dpt dikaitkan dgn pkataan 'Perubahan ' ni..




Perubahan pada diri ak..dlu bayi pas2 BERTUKAR jdi kanak-kanak berhingus pas2 BERTUKAR jdi remaja pas2 BERTUKAR ke alam dewasa..Pengalaman tuh merupakan antara medium yg menyebabkan terjadinya perubahan..Pengalaman seperti hidup jauh dri keluarga, senang ssah , mkn tnpa bersama keluarga, pngalaman dimarah, duduk di negeri org, ditinggakn...... ehem.....hehe...Pengalaman yg mematangkn ak utk berubah seiring dgn keadaan ak skrg..Namun ak b'syukur ade nya pngalaman ni mengajar ak bnyk prkara misalnya erti ketabahan (rse kebal), persahabatan (aisheteru kwn2!!!), tanggungjawab, berdikari dan banyak lagi...

Cm yg berlaku pd diri ak, ak b'syukur dgn ape yg ak dpt shingga ke hari ni..walaupun pencapaian yg x da la boleh dibanggakan sgt..Namun, utk hidup di dunia ni, di Malaysia, di Melaka, di IPG  pung merupakan satu anugerah yg x t'hingga buat ak..
THANKS ALLAH..:))
That's all from ak..Wallahualam..:))