Friday, January 4, 2013

Tentang Jodoh

Salam kepada pembaca-pembaca yang sudi membaca  segala post sy di sini..

Dah lama kn sy x singgah ke sini..Tak tahu la sibuk buat ape..huhu

Di kesempatan ini saya nk berkongsi sesuatu dengan para pembaca..ade ke??!!huhu

Tentang kisah cinta..

Hati ak terdetik untuk menulis ni..ak sekadar ingin berkongsi pandangan ak tentang cinta..

Beberapa minggu lepas ada tengok rancangan 'Semanis Kurma'. Tajuknya agak menarik tentang 'Jodoh'. Maybe ramai yang tengok kot...Ak pung tak terkecuali. Ak tengok dgn mak ak walaupun sebenarnya malu2 kucing jugak..

Ok yang menarik perhatian ak ialah tentang jodoh itu sendiri. Apa yang dapat ak ekstrak ialah seseorang yang belum berjumpa dengan jodohnya Allah sedang memberikan ujian terhadap dirinya dan kepada yang sedang berpasangan jangan pernah berasa senang dan gembira kerana anda juga sedang berada dalam ujian Allah. Bagaimana??

Baiklah..bagi yang belum berjumpa dengan jodoh anda, Allah sedang mengujimu..Allah nak awak baiki diri awak supaya awak dapat jadi yang terbaik bukan yang sempurna untuk pasangan awak..Dan sebenarnya Allah sangat sayang pada awak, Allah belum izinkan sesiapa mengusik hati awak dan seterusnya akan jauh daripadaNya..

Bagi yang sudah berpunya pula, jangan pernah berasa senang dan selesa dengan si dia yang belum anda miliki secara sah. Kwn2, Allah sedang menguji anda. Anda terdedah dengan kelalaian. Banyak yang perlu dijaga..Mulut, telinga, kaki dan yang utamanya adalah hati..semua itu adalah anggota yang boleh membawa kepada zina. Tambahan lagi, sebenarnya Allah ingin melihat siapa keutamaan anda, si dia atau Allah..Ak akui ak bersyukur ditemukan dia tapi dalam masa yang sama ak jgak takut..takut ak lebih banyak memngingati si dia daripada Allah...Ak jga takut ak bakal menjadi punca kepada gugur dan lemahnya iman si dia apabila dia kerap berfikir tentang ak dan membayangkan diri ak. Kerana cinta itu membawa ke Syurga apa2 yang membawa ke Neraka itu bukan cinta..

Nasihat kepada kwn2 yang sedang berada di alam percintaan.. Ak tidak menghalang bercinta sebelum kahwin..tp ak berharap semoga ak dan semua tidak lalai dan tidak terlalu taksub dengan si dia..Ingat cinta itu jika dibawa mengikut aliran yang betul maka ia baik namun jika tidak dibawa mengikut aliran yang salah ia menjadi tidak baik. Jagalah batas-batas pergaulan antara anda dengan si dia..dan tolong jangan tunjukkan diri sebenar anda 100% pada si dia kerana bimbang kita dan si dia akan leka dengan kemanisan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin apa lagi yang tinggal..kebosanan?kepahitan??...Ak juga wanita ak tahu diri kita memang dipenuhi dengan kemanjaan, kemanisan..Oleh itu, bercinta la sekadarnya sahaja..Tonjolkan segala kemanisan, kemanjaan anda apabila tiba masanya iaitu apabila si dia telah melafazkan khalimat 'Aku Terima Nikahnya'......


Semoga dipermudahkan Allah..

Hati bicara
Dunia adalah pentas ujian..:)



No comments:

Post a Comment